For who?

Bismillahirrahmanirrahim

Dear hearts that struggles,

It is humane
To seek for attention
For appreciation
For compliments
For wanting to get that instant reward
After those hard works,
And struggles,
And sacrifices.

But it takes something…
Something…
It takes an iman…
For a person to be patient
In receiving the reward
For a person to wait for a little while
A little while
In seeing and getting the outcome…

They are the mukmin…
They are those who believe when others don’t
They believe in getting their best reward
In the Hereafter
They believe in Allah’s mercy in this dunya, and especially in the Hereafter
They look for Allah’s appreciation more than the appreciation of the humans
They look for Allah’s acceptance of their efforts

But are we they?
Am I they?
It has become the struggle of this heart,
To stop seeking for other’s appreciation or compliments
It is not an easy battle
And you know that

And I keep on looking for His words that will soothe this heart,
To win this iman…

مَنْ كَانَ يُرِيْدُ حَرْثَ الْاٰخِرَةِ نَزِدْ لَهٗ فِيْ حَرْثِهٖ ۚ  وَمَنْ كَانَ يُرِيْدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهٖ مِنْهَا وَمَا لَهٗ فِى الْاٰخِرَةِ مِنْ نَّصِيْبٍ
If anyone desires a harvest in the life to come, We shall increase it for him; if anyone desires a harvest in this world, We shall give him a share of it, but in the Hereafter he will have no share.”
[Asy-Syura: Ayat 20]

Be that special being,
That mukmin.

Allah is by your side

Ihfazillah, yahfazka
Jagalah Allah,
Allah akan menjagamu
Di waktu senang, bersama Allah
Di waktu susah, Allah bersamamu
Anywhere, 
Anytime,
Any condition
Or situation,
Be mindful of Allah 
And preserves Him,
That means to obey Him
And not to disobey Him.
Then, 
Your difficulties become easier, 
your burdens become lighter, 
and the impossible becomes reality.
Just like how the fire became cool,
When Ibrahim A.S who was about to be thrown on a fire replied to Jibrail 
“I do not need help from you. But from Allah, yes, I do”
Just like how the water emerged on a lifeless land,
When Hajar said to Ibrahim who was about to left her,
“Did Allah command you to do this? 
Then certainly, He will not abandon us.”

Indeed,
Ih fazillah, yahfazka.
With Allah by your side,
You are invincible

Touchè

Beberapa minggu yang lepas aku baru mula menghafaz satu surah dalam juzuk ‘amma iaitu Surah Abasa. Sungguh aku mengalami kepayahan dalam menghafaz surah ini, mungkin kerana dosa-dosa diri yang semakin menimbun dan menghitami hati yang semakin keras inilah yang menyebabkan hafazan surah ini tidak mudah melekat di fikiranku. Apatah lagi pada hati ini.  Cara hafazanku sebelum ini memudahkan aku untuk menghafal surah-surah sebelum ini, tapi cara itu tidak cukup berkesan pada surah ini. Kebiasaannya aku akan membaca 1 ayat sebanyak 8 kali. Kemudian menghafal ayat yg seterusnya juga sebanyak 8 kali. Kedua-dua ayat yang dibaca itu akan aku baca sebanyak dalam tiga kali atau lebih sehinggalah aku hafal… Begitulah seterusnya pada ayat-ayat yang lain. Tetapi teknik menghafalku kali ini tidak begitu berkesan… ada beberapa asbab yg menyebabkannya tidak seberkesan seperti biasanya; itu bukan yg ingin dibicarakan di artikel ini.

Baru minggu ini aku dapat merealisasikan hasratku untuk mengubah teknik hafazanku kepada mendengar bacaan qari (walaupun sebenarnya sudah aku memuat turun mp3 bacaan qari tersebut pada hari-ahrj sebelumnya). Alhamdulillah berkemungkinan ianya dapat membantuku menghafal surah ‘Abasa ini.

Aku tambah lagi teknik yang lain supaya dapat mempercepat hafazanku; kubaca maksud ayat-ayat dalam surah ini dan menghayatinya… bukan cuma membaca untuk mencari perkataan yang dapat kuingat untuk menghafal dengan cepat tapi membacanya dengan benar sebenar-benarnya… menghayati dan memikirkan ayat2 tersebut.

Barulah kuteringat kembali bahawa surah ini adalah teguran Allah buat Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi wasallam kerana baginda telah bermasam muka dan berpaling dari seorang buta yg ingin mendengar akan dakwah baginda…

—-

Aku teringat akan satu konsep yang baru kudengar dari satu realiti tv. Konsep tersebut ialah touché yang digunakan oleh pemain fencing apabila mengakui bahawa dirinya telah terkena oleh besi pedang nipis fencing pihak lawan. Konsep ini agak aneh juga, kerana biasanya dalam aktiviti sukan yang lain, pihak lawanlah yg menuntut points akan kesalahan kita. Tapi dlm fencing, disebabkan hanya kita saja yang tahu kalau kita sudah terkena atau tidak oleh pedang pihak musuh (kerana kecepatan berlawan dan nipisnya pedang tersebut), maka kitalah yang punya tanggungjawab untuk mengakui kemenangan pihak lawan dan memberi point kepada mereka… Mengakui bahawa kita telah membuat kesalahan yg menyebabkan hilangnya point kita dari memenangi perlawanan…
Itulah konsep menarik touché. Apa yang kita dapat pelajari dari konsep tersebut ialah:-mengakui akan kesalahan kita, menyedari bahawa kita tidak sempurna dan cuba merendahkan ego diri untuk menerima kekurangan kita dan menerima teguran dari yang lain ketika kita terang-terang membuat perkara yang salah. Jangan pula, makin ditegur, makin tidak mengakui kesalahan… bertambah teruklah lagi, apabila kita makin membenci pula orang yang menegur kita. Padahal mereka bertujuan baik untuk memperbaiki keadaan dan sifat kita.

Kembali kepada dua perkara berkaitan yang ingin kusampaikan: konsep touché dan kisah permulaan surah ‘abasa iaitu teguran Allah buat Rasulullah.

Nampak sudahkah tidak akan persamaan kedua-duanya?

Benarlah…
Rasulullah itu contoh… ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam ditegur- bahkan bukan alang-alang teguran ni…teguran dari Allah! Dan tercatat pula dalam kitab Al-Quran…- baginda menerima teguran ini dengan hati yang terbuka, menerima teguran bagi kesalahannya lalu menjadikan ia pengajaran buat yang lain (dengan tercatatnya kisah itu di dalam alquran). Subhanallah! Seakan-akan Rasulullah berkata touché! Aku mengakui kelemahanku dan ingin mengubahnya.

Lalu, kita?
Sediakanlah diri dan hati kita untuk menerima segala teguran-teguran dan nasihat-nasihat. Tanpa teguran-teguran tersebut, jadilah kita orang yang sentiasa melakukan kesalahan yang sama, masuk ke dalam lubang yang sama. Stagnant.
Kita mahu merubah diri menjadi baik kepada lebih baik kepada terbaik bukan?
Maka siapkanlah hatimu untuk berubah, pecahkan dinding egomu.

Promoter factor,
BAK

31/12/2016

Kopi manis~

“Banyak-banyak kopi,
Kopi apa yang paling pahit?”
Adikku bertanya soalan teka-teki sambungan main teka-teka masa hari atu.
Aku dengan endah tak endah menjawap soalan atu dgn jawapan yg selalu kudangar…
“Kopilih dia dari aku…” kataku.
Tapi.. terkejut bukan kepalang jualah masa kata adikku “salah…” dengan selambanya..

“Kopilih dia dari Allah!” Sambungnya.

Waah! Sentap jua jawapan atu..
Reaksiku yg sebelum ni menjawab dengan alang-alang tu pun berubah jadi amazed…

Au aa… banar jua…
Kopi paling pahit tu banaar.

Bila ditenung2 soalan atu…
Tertanya2 jua…
Siapa si ‘dia’ yang dimaksudkan tu?
Siapa si ‘dia’ yang kitani lebih2kan selain daripada Allah tu?
Barangkali ada di antara kamu yang sudah terfikir orang yang dimaksudkan di dalam akal fikiran, otak minda atau hati jiwa masing-masing. Cewah…

Mungkin saja si dia tu…
Ibu bapa yg tercinta tani…
Atau zauj/ah (suami/isteri) termanis lagi kebabom,
Adik termanja, atau kakak tersayang
Atau kawan special, i.e. best friend forever tani keh,
Atau maci restoran sana yang selalu bagi makanan free (hahah boleh kah cematu?)
Atau cigu yang sabar menjawab kerenah tani,
Ataukah si dia tu sebenarnya dirimu sendiri?
you are special in your own heart… aduhai…
Si ‘dia’ tu barangkali jua benda2 duniawi yang abstrak ataupun bukan abstrak
Contohnya…
Duitku
Academicku
Kereta kesayangku
Kerja kegemaranku
Businessku
Dan sewaktu dan seabad dengannya…

Bukanlah yang ingin dikatakan ani;
Untuk ditinggalkan segala apa2 yang kitani sayangi
Tapi pokok persoalannya ialah…
Apabila dua pilihan ini dikemukakan kepada kita?
Adakah si ‘dia’ atau Allah Yang Maha Mencintai…
Dan lebih dikhuatiri lagi ialah apabila langsung tiada dilema di situ.
Mungkin ada satu masa di mana ketika dirimu sibuk2 meluangkan masa dengan si ‘dia’, engkau lupakan si ‘Dia’.
Yang sentiasa menjagamu
Walau diri selalu lupa
Yang sentiasa memberi peluang kepadamu
Walau diri selalu leka
Yang menciptakanmu
Dengan penuh cinta dan ihsan..
Benarlah pahit kopi tu…
Apabila kita lupakan Dia demi ‘dia’

Apa lagi sekarang?
Maniskan kopi pahit tani…
Nda payah buang apa2 dari kopi tu..
Tinggal tambah gula…
Hadirkan Allah dalam hidupmu…
Manislah kopimu.
Nda perlu dibuang si ‘dia’.
Sebab si ‘dia’ juga perencah dalam jalan hidupmu
See how our life will change…
Kemanisan hidupmu tu dapat dirasa
Bila Allah jadi tempat sandaranMu
Bila Allah jadi tempat engkau luahkan segala perasaanMu
Bila redha Allah jadi kiblat hidupmu.

Bila kau hidup dengan ‘kopi’ manis ini,
Hidupmu jadi lebih indah,
Penuh barokah,
Penuh rahmah,
Hidup di sini tenang,
Di sana tenang,
Di mana-mana hatimu senang.
Insya Allah…
Bila kita sayang Allah,
Allah akan sebut namamu pada malaikat Jibril “cintai dia sebab aku sangat menyintainya”
Malaikat Jibril pun spread the words to penduduk langit lalu penduduk langit pun menyintaimu
Kemudian makhluk-makhluk di bumi juga turut menyintaimu
Lalu, tidak mahukah kita akan cinta Allah yang indah ini?

Beberapa menit kemudian,
Soalan teka-teki baru timbul menjadi trending,
Banyak-banyak kopi, kopi apa yang paling manis?
Bila Kopilih Allah dari yang lain ♡

Sang promoter factor,
BAK

29/12/2016